FAQ

Ada persoalan mengenai produk atau perkhidmatan kami? Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan lazim (frequently asked questions) yang sering ditanya oleh pelanggan kami.

Madu Quad ialah jenama madu tualang tulen yang dituai dari hutan tropika Malaysia dan Indonesia tanpa campuran bahan tambahan. . Madu ini dihasilkan oleh lebah liar Apis Dorsata yang mengumpul nektar dari pelbagai jenis bunga hutan, memberikan rasa dan khasiat yang unik.

Warna madu Quad mungkin berbeza mengikut musim dan sumber nektar bunga. Ada kalanya lebih cerah keemasan, ada kalanya gelap. Ini kerana madu hutan asli berubah mengikut sumber bunganya, namun kualiti dan khasiatnya tetap sama.

Simpan madu di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari langsung. Elakkan menyimpan madu di dalam peti sejuk dengan terlalu lama kerana suhu rendah boleh menyebabkan penghabluran.

Untuk kanak-kanak berumur satu tahun ke atas, madu boleh diberikan dalam jumlah yang sesuai. Madu tidak disarankan untuk bayi di bawah umur satu tahun.

Kami menggunakan kaedah pembayaran online banking toyyibpay yang selamat. Pembayaran melalui cara ini tidak memerlukan anda memuatnaik resit kepada kami.

Boleh namun begitu, hendaklah anda memaklumkan kepada kami terlebih dahulu.

Anda boleh mengubah maklumat secara percuma dalam tempoh 1 jam selepas pembelian dibuat.

Penghantaran biasanya mengambil masa 2-3 hari bekerja selepas pesanan disahkan. Bagi tempahan yang diterima lengkap dengan pembayaran sebelum pukul 11 pagi, kami akan cuba mengepos tempahan anda pada hari yang sama juga.

Tempahan yang diterima selepas pukul 11 pagi akan diproses secepat hari yang sama ataupun pada keesokan hari bekerja.

Tempahan borong iaitu 10 botol keatas akan mengambil masa proses selama 1-2 hari bekerja.

Kami cuba untuk memproses semua tempahan anda secepat mungkin. Pelanggan akan menerima nombor penjejakan (tracking number) ke emel untuk memantau status penghantaran.

Untuk semenanjung Malaysia, biasanya penghantaran oleh pihak kurier mengambil masa 1-3 hari.

Untuk Sabah dan Sarawak, penghantaran mengambil masa seminggu ke 10 hari.

Ya, sekiranya pembelian anda lengkap dengan pembayaran diterima sebelum pukul 11 pagi hari bekerja.

Sekiranya pesanan anda diterima dalam keadaan rosak/pecah/basah/terbuka bungkusan, laporkan kepada kami segera. Pastikan anda melaporkan kepada pihak kami dalam masa 48 jam daripada tempoh bungkusan diterima.

Jaminan kami ialah barang yang diterima rosak akan diganti baru PERCUMA. 

Apa yang kami TIDAK JAMIN ialah warna madu yang kami jual adalah sama setiap masa. Ini kerana, madu asli memang tidak 100% sama warnanya kerana perbezaan nektar bunga yang lebah ambil madunya.

Sudah tentu. Hubungi kami di whatsapp untuk pertanyaan lanjut mengenai diskaun ejen, syarat pembelian dan bonus prestasi.

Masih ada persoalan?

Hubungi kami segera dengan menekan butang dibawah

phone Whatsapp