Kenapa Madu Tualang Asli Bergas? Baca Jawapan Kami

Madu Berbunyi “Pop”? Jangan Panik!

Pernah buka botol madu Tualang dan terdengar bunyi “pop”? Atau terlihat buih-buih kecil seperti minuman bergas?

Sebenarnya, itu bukan tanda madu rosak. Itu petunjuk bahawa madu yang anda pegang adalah madu lebah liar Tualang yang mentah, asli, dan tidak diproses.


Madu Bergas Adalah Tanda Asli, Bukan Rosak

Fenomena ini sering terjadi pada madu raw (mentah) yang tidak melalui proses penstabilan industri. Ia bukanlah proses pembusukan, tetapi:

  • Aktiviti enzim semula jadi dalam madu
  • Fermentasi ringan oleh bakteria probiotik yang baik

Ini adalah reaksi semulajadi madu yang dikekalkan dalam bentuk aslinya — tanpa pemanasan tinggi atau campuran bahan kimia.


Tak Semua Madu Bergas – Kenapa?

Ada penjual yang menggunakan mesin dehumidifier untuk mengurangkan kelembapan madu. Ini membantu menstabilkan madu dan elak dari bergas. Namun, jika dilakukan dengan teknik pemanasan melampau (melebihi 70°C), ia boleh:

  • Merosakkan nutrien
  • Meningkatkan Hydroxymethylfurfural (HMF) hingga melebihi 80mg/kg
  • Menjadi berisiko kepada kesihatan

Lebih teruk, sesetengah pengeluar mencampur madu asli dengan madu sintetik atau madu ternak murah, semata-mata mahu mengelak madu bergas — ini tindakan tidak jujur dan menipu pengguna.


Komitmen Madu Quad Asli: 100% Asli Tanpa Campuran

Di MaduQuadAsli.com, untuk produk Madu Quad,kami tidak campur, tidak ubah apa-apapun untuk produksi Madu Quad kami.

Kami bekalkan madu Tualang liar dari hutan, sebagaimana ia dituai oleh lebah – tulen dan penuh khasiat.


Panduan Penting Jika Madu Anda Bergas

Berikut langkah-langkah mudah untuk elakkan kejadian tumpah atau buih melimpah:

  1. Pilih pakej selamat: Gunakan botol plastik HDPE food-grade atau pilih edisi eksport yang telah dikentalkan dengan teknik dehumidifier.
  2. Elak goncang botol kaca: Jangan goncang atau terbalikkan jika beli dalam botol kaca 1kg atau 430g.
  3. Simpan dalam chiller dahulu: Sejukkan madu selama 24 jam dalam peti sejuk bahagian bawah (suhu 16°C) sebelum buka. Buka semasa sejuk.
  4. Sediakan mangkuk bersih bila buka: Letak botol dalam mangkuk jika ada buih. Tunggu buih hilang, madu akan kembali stabil.

Ringkasan: Bergas Tanda Asli, Bukan Masalah

Madu yang bergas bukan tanda madu rosak. Sebaliknya, ia adalah tanda bahawa anda menerima madu sebenar dari alam, bukan yang telah diproses atau dicampur.

Jika anda hargai keaslian dan khasiat madu seperti asalnya, inilah pilihan terbaik anda.


Cadangan Produk Madu Tualang Asli: