Description
Madu Quad 180g: Saiz Percubaan dalam Botol Kaca
Baru nak mula amalkan madu? Atau nak bagi hadiah yang berkhasiat? Madu Quad 180g ialah pilihan tepat. Madu Tualang asli yang sama, dalam saiz yang mudah dicuba tanpa komitmen besar.
Kenapa pilih Madu Quad:
- 100% Madu Tualang asli, tiada campuran gula atau bahan tiruan
- Saiz percubaan: sesuai untuk first timer sebelum beli saiz besar
- Botol kaca premium, cantik untuk dijadikan hadiah
- Kaya dengan nutrien, enzim dan antioksidan semula jadi
- Sumber tenaga semula jadi untuk aktiviti harian
- Mudah dibawa ke pejabat atau semasa travel
- Sesuai untuk kanak kanak (2 tahun ke atas) hingga warga emas
Kualiti & Pensijilan:
- Diuji Makmal UNIPEQ UKM (No. Ref: ULUKM/10120/14(S))
- Berdaftar KKM FOSIM (No. B05P1130908-009269)
- Sijil Kuarantin 2013.1.025.0110E000558
- Pensijilan Halal LPPOM MUI (00120048130608)
Cara Pengambilan:
- Dewasa: 2 sudu besar setiap hari
- Kanak kanak (2 tahun ke atas): 2 sudu kecil, dibancuh bersama air suam
- Elak air panas melebihi 40°C untuk kekalkan enzim semula jadi
- Boleh dicampur dalam masakan, minuman, atau dimakan terus
Maklumat Produk:
- Pembungkusan: Botol kaca 180g
- Warna: Mungkin berbeza ikut musim dan bunga. Tanda madu asli!







